‘Cruise’ dan makan durian sampai puas

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Jun – Peminat durian berpeluang menikmati keenakan isi raja buah itu selepas menyusuri sungai Melaka menerusi pakej ‘Cruise dan Makan Durian – Makan Sampai Puas’ ditawarkan Melaka River Cruise (MRC).

Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Datuk Murad Husin berkata, menerusi pakej itu pihaknya menawarkan lima jenis durian kepada orang ramai seperti Musang King, Black Thorn, Kucing Tidur dan Durian Kampung.

Jelasnya pakej berkenaan ditawarkan kepada orang ramai bermula hari ini hingga awal bulan depan.

PENGUNJUNG diberi masa 40 minit untuk menikmati pelbagai jenis durian selepas menaiki bot Melaka River Cruise

Murad berkata, pengunjung boleh menikmati keenakan raja buah itu di dua lokasi disediakan iaitu Muara Sungai Melaka dan Taman Rempah.

“Pengunjung diberikan masa selama 40 minit untuk menikmati durian dengan dikenakan harga berpatutan iaitu RM50 bagi dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.

“Manakala, bagi pelancong asing atau individu tanpa kad pengenalan akan dikenakan bayaran RM55 bagi dewasa dan RM40 buat kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada selepas melawat lokasi pakej ‘Cruise dan Makan Durian’ di Muara Sungai Melaka, di sini hari ini.

“Jika pengunjung hanya datang untuk makan durian sahaja tanpa menaiki bot harga ditawarkan adalah RM35 bagi dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2671
Kongsi :
Previous post Ismail Sabri zahir penghargaan kepada pemimpin UMNO, BN sokong beliau sebagai PM
Next post Bubar parlimen: PM ulang kenyataan tidak akan lewatkan walau sesaat jika BN sudah sedia
Ubah saiz-+=