
Cuaca bertambah baik, amaran hujan berterusan lima negeri ditamatkan
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk lima negeri semalam, kini ditamatkan susulan cuaca dijangka bertambah baik.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri terlibat adalah Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan (waspada) bagaimanapun masih berkuat kuasa bagi lima kawasan di Sabah sehingga hari ini iaitu di Telupid, Kinabatangan, Beluaran, Sandakan serta Kudat.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
Mereka juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
