
Cuba langgar anggota, polis terpaksa lepaskan tembakan
KOTA BHARU, 5 Nov – Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah sebuah kereta yang cuba melanggar anggotanya selepas diarah berhenti kerana dipandu secara berbahaya dalam kejadian berhampiran Pasar Wakaf Bharu, Tumpat, semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kereta Proton Wira dipandu lelaki berusia 24 tahun dari arah Tumpat menghala Wakaf Bharu itu, dikesan pada 5.50 petang.
“Setibanya di tepi jalan berhampiran Pasar Wakaf Bharu, pihak polis cuba memberhentikan kenderaan tersebut tetapi suspek enggan memberikan kerjasama sebaliknya bertindak mengundurkan kenderaan dan cuba melanggar anggota polis.
“Ekoran itu polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang sebelah kanan kereta dan menahan lelaki tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Zaki berkata pemeriksaan ke atas suspek menemukan 943 biji pil Yaba bernilai RM9,430 dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methampethamine.
Beliau berkata lelaki berasal dari Tumpat dan mempunyai 11 rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta jenayah kekerasan itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan Seksyen 307 serta 279 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan memandu secara melulu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BUKAN NEGERI ‘LALAI’, PERUNTUK RM335 JUTA SETAHUN PERKUKUH SYIAR ISLAM
AYER KEROH 19 Mei - Persepsi mengaitkan Melaka sebuah negeri yang lalai kerana didakwa melebihkan acara hiburan berbanding keagamaan merupakan...
DELIMa: PELAJAR BOLEH BAWA GAJET KE SEKOLAH
PAYA RUMPUT 19 Mei - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan pelajar membawa peranti sendiri seperti tablet dan gajet ke sekolah...
ANGKAT MACHAP JAYA JADI KORIDOR PENDIDIKAN
MACHAP JAYA 19 Mei - Antara legasi yang mahu ditinggalkan figura bernama Datuk Ngwe Hee Sem ini adalah untuk menjadikan...
KPM SASAR 800 ‘AI POWERED CLASSROOM’ MENJELANG AKHIR 2027
PAYA RUMPUT 19 Mei - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada...
PPKI MELAKA TERIMA SUMBANGAN PERALATAN BAKERI BERNILAI RM40,000
DUYONG 19 Mei - Yayasan Mualaf Malaysia (YMM) menyumbangkan peralatan bakeri dan pastri bernilai hampir RM40,000 bagi program lanjutan kemahiran...
TVET TAHFIZ: DUNIA DAPAT, AKHIRAT TAK RUGI
TABOH NANING 19 Mei - Gabungan ilmu al-Quran dan kemahiran menerusi Program TVET Tahfiz melahirkan individu Muslim yang memiliki pengetahuan...
