Kingsmen, MAB King, FRIXX muncul juara sulung Piala TYT Esports

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PASUKAN Kingsmen, MAB King dan pemain individu, FRIXX menjadi pemenang kejohanan sulung e-Sukan (Esports) Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka, mengikut tiga platform permainan berbeza, pada 31 Okt lepas.

Untuk platform permainan Valorant, pasukan Kingsmen tiada masalah bergelar juara selepas mengetepikan pasukan Scytes dalam aksi final.

Manakala tempat ketiga menjadi milik pasukan dari Thailand, Wicked Berg dan pasukan K.F.C terpaksa akur di tempat keempat.

Bagi platform permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pula menyaksikan pasukan pilihan, MAB King menepati ramalan, ungguli gelaran juara selepas menewaskan pasukan Anonymouz dalam aksi perlawanan akhir pada 31 Okt lalu.

Tempat ketiga jatuh kepada pasukan Qualified Pipol dan tempat keempat diduduki Team Haq.

KEJOHANAN e-Sukan Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Platform permainan F1 2021 pula menyaksikan pemain individu, FRIXX ungguli juara keseluruhan, manakala ERD_MiorHafiz di tempat kedua dan tempat ketiga jatuh kepada peanutS.

Sementara itu, kejohanan yang dianjurkan Persatuan e-Sukan Negeri Melaka (MEA) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM20,000.

Berlangsung pada 28 hingga 31 Okt lepas, kejohanan ini turut disertai 14 pasukan dari luar negara seperti, Filipina (4), Singapura (3), Indonesia (3), Thailand (3) dan Laos (1).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

810
Kongsi :
Previous post Cuba langgar anggota, polis terpaksa lepaskan tembakan
Next post Kempen derma darah di Melaka ‘dingin’, kurang sambutan
Ubah saiz-+=