Sorting by

×

De Rantau bertepatan agenda digital Melaka – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

BANDA HILIR 10 Mac – Program De Rantau dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mampu menggalakkan lagi sektor pelancongan dan agenda transformasi digital Negeri Melaka.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata program tersebut telah diangkat pada mesyuarat Smart Melaka Implementation Commitee (SMIC) dan Majlis Digital Melaka (MELDIC) Disember lalu.

Katanya, program itu juga dilihat seiring dengan kerangka dasar dan polisi dalam pelaksanaan inisiatif digital Melaka.

“Beberapa inisiatif sedang giat dilaksanakan antaranya Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih, perluaskan liputan jalur lebar dan penambahan premis yang mendapat akses jalur lebar talian tetap berkelajuan gigbit.

“Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan inisiatif Pembangunan Data Raya atau ‘Big Data’ yang meningkatkan kandungan Digital Melaka Digital Command Centre.

“Selain itu, perkhidmatan dalam talian ‘End-to-End’ (E2E) turut dipertingkatkan bagi tujuan memberikan kemudahan untuk melaksanakan transaksi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran De Rantau @Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Zaidi Johari, Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz.

Mengulas lanjut, Rais berkata Kerajaan Negeri telah melancarkan Smart Melaka Blueprint 2035 (SMB 2035) bagi memandu kearah sebuah negeri pintar dan lestari.

Katanya, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan beberapa projek ‘Quick Win’ antaranya Melaka Super Apps sebagai platform tunggal aplikasi digital Negeri Melaka.

“Antara lain, MELAKA EDU iaitu adalah satu platform berpusat yang menguruskan proses permohonan melibatkan 44 pusat pengajian tinggi beroperasi di Melaka; 24 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 20 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Melaka.

“Melaka 5G Smart Pole pula menggunakan insfrastruktur tiang lampu pintar yang menempatkan rangkaian 5G di mana ia bertujuan seperti ‘AI Surveillance’ untuk tujuan peningkatan keselamatan dan pengangkutan.

“Terakhir, menerusi platform SMIC dan MELDIC. Mengumpulkan pakar-pakar dalam bidang teknologi digital, teknologi pintar, ‘metaverse’ dan ‘blockchain’ pada Persidangan Smart Melaka 2022, awal Disember tahun lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2425
Kongsi :
Previous post RM45,000 lebur selepas beri ‘derma’
Next post Leka bertaruh judi ‘bola golek’ enam termasuk wanita warga asing dicekup
Ubah saiz-+=