
RM45,000 lebur selepas beri ‘derma’
AYER KEROH 10 Mac – Kerani wanita kerugian RM45,000 selepas terpedaya dengan ajakan ‘teman lelaki’ untuk menderma kepada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa berusia 29 tahun tertarik untuk menderma selepas dimaklumkan bakal menerima imbuhan daripada pihak bank selepas berbuat demikian.
Katanya tertarik dengan imbuhan itu mangsa kemudian membuka pautan diberikan suspek untuk mengisi butiran diri seterusnya menderma ke tabung berkenaan.
“Selesai mendaftar mangsa melakukan dua transaksi ke akaun bank diberikan pada 25 dan 26 Februari yang keseluruhan berjumlah RM45,000.
“Mangsa mula berasa curiga selepas tidak menerima sebarang imbuhan seperti dijanjikan. Dia kemudian tampil membuat laporan berhubung kejadian,” katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa mula berkenalan dengan suspek pada awal Februari lalu.
Menurutnya kejadian disyaki didalangi ‘African Scam’ dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos β Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
