Dewan Belia Negeri Melaka bersidang Jun depan

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

SERI NEGERI 7 Mac – Persidangan pertama bagi penubuhan Dewan Belia Negeri Melaka dijadualkan berlangsung Jun ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, penubuhan itu diwujudkan bagi merealisasikan manifesto Kerajaan Negeri dalam memberi peluang penglibatan belia menyuarakan pandangan dan idea dalam tadbir urus kerajaan.

Jelasnya, keanggotaan penubuhan itu secara keseluruhan adalah seramai 33 orang dengan 28 mewakili setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala lima lagi adalah secara  lantikan.

“Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa teras dalam memastikan Melaka menjadi sebagai sebuah negeri yang stabil dan makmur. Antara teras Kerajaan Negeri merangkumi mewujudkan Dewan Belia Negeri Melaka bagi memastikan penglibatan menyalurkan idea dan pandangan dalam tadbir urus kerajaan dan memberi pendedahan serta kesedaran tentang kepentingan politik negara

“Penubuhan ini akan memberi impak kepada agenda pembangunan belia yang komprehensif dan bermatlamat melahirkan belia yang bersepadu daripada segi kesedaran politik, spiritual, fizikalogi, intelektual, berilmu, berbudaya, bernegara dan bersemangat berteraskan prinsip Rukun Negara.

“Dewan Belia Negeri Melaka akan memberi pendedahan generasi baharu yang akan menjadi pemimpin pada masa depan dan memahami  bahawa kestabilan politik yang penting yang menjadi platfrom pendedahan konsep bernegara dalam kalangan pemimpin muda Negeri Melaka,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penubuhan itu hampir menyamai peranan Parlimen Belia Malaysia yang ditubuhkan pada 2012 untuk melatih dan melahirkan barisan pemimpin muda yang berkaliber, berwibawa yang sejajar dengan keperluan negara masa kini dan depan.

“Borang pencalonan telah dibuka pada 28 November lalu menerusi pejabat Japerun dengan tarikh akhir pada 22 Disember.

“Sebanyak 59 borang pencalonan telah diterima dan yang layak ditemuduga adalah seramai 47 calon, manakala sembilan tidak melepasi kriteria dan tiga lagi menarik diri,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

869
Kongsi :
Previous post TMM2024 mendahului tiga negeri lain
Next post Peruntukan lebih RM1 juta baik pulih 29 SRA JAIM
Ubah saiz-+=