Didenda RM20,000 terima suapan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 21 Sept. – Anggota polis berpangkat sarjan dijatuhi hukuman denda RM20,000 di Mahkamah Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan menerima wang tunai RM4,000 pada Oktober tahun lalu.

Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh berusia 34 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Alor Gajah selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai penjawat awam iaitu sarjan telah menerima suatu benda yang berharga iaitu wang tunai RM4,000 daripada seorang wanita yang mana mengetahui ada hubungan dengan tugas rasminya sebagai pegawai penyiasat.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Taman Bidara Permai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, kira- kira jam 1.30 petang, pada 9 Oktober 2019.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya SPRM Irwan Shah Abdul Samat dalam hujahanya berkata, kesalahan dilakukan tertuduh adalah kesalahan serius kerana menerima suapan bersabit tugas rasmi selain faktor kedua mengambil kira faktor kepentingan awam selain tertuduh juga telah pergi sendiri ke rumah wanita terbabit tanpa ada perasaan takut.

Tertuduh yang diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork, dalam hujahanya pula berkata, dia memohon agar hanya hukuman denda dikenakan tanpa penjara malah pengakuan bersalah tertuduh telah menjimatkan masa semua pihak selain ini adalah kesalahan pertama malah anak guamnya juga berdepan akan kehilangan pekerjaan.

Selepas mendengar hujah kedua- dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM20,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Views:

278
Kongsi :
Previous post MBMB tak lepas tangan isu anjing liar di kawasan perumahan
Next post KM bincang keputusan dasar pembangunan tanah Melaka
Ubah saiz-+=