
Dira selesai mengundi jam 3.18 petang
RIM 20 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar membuang undi di saluran lima di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 1 kira-kira jam 3.10 petang tadi.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar tiba ke pusat mengundi itu dengan memakai baju kurung berwarna biru muda.
DUN Rim menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN), Azalina Abd Rahman dan Pakatan Harapan (PH), Prasanth Kumar.
Dira merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO serta Prasanth Ketua Pemuda PKR Melaka adalah calon yang pertama kali menyertai pilihan raya.
Sementara Azalina yang juga Setiausaha Srikandi Bersatu pernah bertanding di DUN Sungai Rambai pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, namun kalah kepada Datuk Wira Hasan Abd Rahman.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses mengundi bagi PRN Melaka bermula pada jam 8 pagi dan ditutup pada 5.30 petang.
Sementara itu, berdasarkan tinjauan, orang ramai dilihat mula datang mengundi di pusat mengundi di SK Merlimau 1 bermula seawal 7.30 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PEMBANGUNAN DUN MACHAP JAYA FOKUS KEPADA KESELESAAN RAKYAT
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus diperkasa menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur,...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT, TAK TUNGGU RAKYAT CARI YB
MACHAP JAYA 23 Ogos - Atas dasar memikul amanah dan kepercayaan diberikan pada pilihan raya yang lalu, Ketua Menteri Datuk...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN, KEGIGIHAN AH SEM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yang terus menjalankan...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA BERITA BAIK UNTUK DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 23 Ogos - Lebih 15 bentuk sumbangan dan inisiatif dibawa pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan...
‘KITA TAK PILIH SIAPA MAHU DIDENGAR, SIAPA MAHU DIBANTU’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 23 Ogos- Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh cakna dan mengambil peduli suara...
CUTI SEKOLAH: BELANJA RM70 DI MELAKA RIVER CRUISE BOLEH MENANG KERETA
DUYONG 23 Ogos - Cuti persekolahan yang bakal tiba ini boleh dimanfaatkan seisi keluarga untuk menikmati pelayaran dengan Melaka River...

