
DISYAKI PUKUL ANAK, PEKERJA KANTIN DIREMAN BANTU SIASATAN
Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata perintah reman bermula hari ini terhadap wanita berumur 37 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.
Ahmad Mohsin berkata wanita itu ditahan di bilik sewanya di Jejawi pada 11.30 malam tadi selepas polis melihat satu hantaran video melalui WhatsApp pada 10 malam tadi memaparkan dia dipercayai memukul bahagian belakang kepala anak perempuannya hingga terhantuk di bucu bangku dan berdarah di hadapan pasar raya tersebut.
“Kejadian itu berlaku pada 9 Feb (Ahad lepas) dan kanak-kanak ini luka berjahit di bahagian kening sebelah kanan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata suami kepada wanita itu juga pekerja kantin dan mereka mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun.
Semalam, video berdurasi 47 saat yang memaparkan seorang wanita dipercayai memukul belakang kepala anak perempuannya itu tular melalui media sosial. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
SERI BENDAHARA 22 September - Lebih 200 pencapaian merentasi pelbagai bidang direkodkan Kerajaan Negeri sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran diterajui...
MELAKA HARGAI JASA PESARA POLIS
SERI BENDAHARA 22 September - Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah lebih RM300,000 kepada pesara dan persatuan Polis Diraja Malaysia...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN KLEBANG BAWA MANFAAT PELBAGAI LAPISAN
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang memanfaatkan masyarakat setempat menerusi pelbagai bentuk...
RM7 JUTA DISALUR UNTUK LAKSANA PROJEK KECIL DUN RIM
RIM 22 September – Hampir RM7 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dalam...
REZEKI ‘NEWBIE’, IKAN KURAU BAWA TUAH BUAT MOHD RIDZUAN DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 September - Rezeki tidak salah alamat. Itulah yang berlaku kepada Mohd Ridzuan Jaapar, 40, apabila ikan kurau...
MAIM HULUR SUMBANGAN BAIK PULIH KEMUDAHAN MAAHAD TAHFIZ KASYFUL-ULUM
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang membawa berita gembira buat Maahad Tahfiz...

