Dr Akmal letak jawatan COO Putra Specialist Hospital, dijangka bertanding PRN Melaka

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 5 Nov – Dr Muhammad Akmal Saleh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Putra Specialist Hospital Melaka, berkuat kuasa esok.

Dalam satu hantaran di Facebook rasminya, beliau memaklumkan hari ini merupakan hari terakhirnya berkhidmat dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas serta doktor yang banyak membantunya sejak menjawat jawatan itu pada Mei tahun lalu.

“Hari ini adalah hari terakhir saya di Putra Specialist Hospital sebagai COO sebelum saya meletakkan jawatan saya.

“Terima kasih kepada semua staf, doktor pakar dan staf sokongan, banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat dari anda semua.

“Insya-Allah ada jodoh kita jumpa lagi ya. Moga kemanisan coklat itu mengingatkan saat-saat manis kita bersama. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih,” katanya.

Pengumuman itu sekali gus seakan mengesahkan beliau menjadi antara muka baharu dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Menurut desas-desus, Dr Muhamad Akmal dijangka bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang merupakan kampung halamannya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1931
Kongsi :
Previous post Kempen derma darah di Melaka ‘dingin’, kurang sambutan
Next post DUN Sarawak bubar, beri laluan PRN
Ubah saiz-+=