
Dr Akmal mahu taja ujian PCR untuk 20 bakal jemaah umrah
MERLIMAU 4 Feb – Dr Muhamad Akmal Saleh berhasrat menaja 20 warga Merlimau yang bakal mengerjakan umrah untuk menjalani ujian saringan PCR secara percuma.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, ujian tersebut akan dilakukan sebelum mereka yang terpilih berlepas ke tanah suci.
“Mana-mana warga Merlimau yang sudi berkongsi pahala dengan saya boleh hubungi saya melalui Whatsapp atau klinik untuk diberikan ujian saringan PCR secara percuma di Klinik Dr Akmal Saleh.
“Walaupun tidak dapat ke tanah suci, sekurang-kurangnya saya dapat membantu mereka yang ingin ke sana dan dapatlah sedikit pahala bagi diri saya yang serba kekurangan ini.
“Kepada mana-mana sahabat yang mengenali orang Merlimau yang akan mengerjakan umrah bulan ini boleh sebarkan maklumat ini dan minta mereka menghubungi saya ataupun klinik Dr Akmal Saleh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
