DUN Merlimau: Dr Muhamad Akmal tunai hasrat Makcik Rosnah pergi umrah

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

MERLIMAU 12 Julai – Biarpun sibuk dengan tugasan harian sebagai wakil rakyat, namun tidak menjadi halangan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh membantu asnaf di DUNnya menunaikan ibadah Umrah.

Usaha ikhlasnya membantu makcik Rosnah yang merupakan ibu tunggal untuk menunaikan umrah di tanah suci bakal terlaksana setelah Makcik Rosnah mendapat panggilan untuk ke rumah Allah itu pada Sept ini.

“Makcik Rosnah adalah ibu tunggal yang tinggal berseorangan selepas kematian arwah suaminya beberapa tahun lalu dan bergantung harap hanya pada bantuan Socso yang tidak seberapa.

“Masa bawa Makcik Rosnah beli baju raya yang lepas, terdengar mak cik Rosnah beritahu yang sebelum suaminya meninggal mereka ada buat simpanan untuk ke tanah suci, tetapi apabila suaminya sakit simpanan itu digunakan dan akhirnya simpanan itu habis.

“Jadi sejak itu Makcik Rosnah tak pernah lepas berdoa setiap malam supaya Allah jemput beliau untuk menjadi tetamu Allah walaupun mak cik Rosnah beritahu yang dia tahu ikutkan duit dia memang tidak mampu, tapi beliau yakin Allah pasti akan jemput jadi tetamu-Nya satu hari nanti,” katanya.

Justeru itu Dr Akmal bernazar untuk membawa seorang lagi asnaf (Makcik Rosnah) bagi DUN Merlimau untuk menunaikan umrah menggunakan gajinya sebagai wakil rakyat.

“Jadi hari ini (Ahad lalu) adalah hari yang ditunggu, Allah gerakkan saya untuk bernazar pada umrah yang lepas yang saya nak bawa seorang lagi asnaf DUN Merlimau ke umrah menggunakan gaji wakil rakyat saya.

“Dan Alhamdulilah hasrat saya itu tercapai hari ini untuk membawa makcik Rosnah menjadi tetamu Allah pada bulan Sept nanti.

“Tidak semestinya orang yang mampu itu boleh menjadi tetamu Allah, tetapi Allah akan memampukan orang yang dipilih menjadi tetamunya…moga Allah berikan kesihatan yang baik kepada makcik Rosnah untuk menjadi tetamuNya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

959
Kongsi :
Previous post Pembersihan Sungai Rim elak banjir kilat
Next post Dua remaja maut tercampak keluar dari kereta
Ubah saiz-+=