Dua remaja maut tercampak keluar dari kereta
ISKANDAR PUTERI, 12 Julai – Dua remaja maut selepas tercampak keluar dari kereta yang mereka naiki selepas kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, di sini, tengah malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata mangsa lelaki yang terkorban dikenali sebagai Lee Kah Lok, 19, ditemukan tersepit di bahagian bawah kereta manakala remaja perempuan, Ng Kui Ying, 15, ditemukan bersebelahan kenderaan.
“Kedua-duanya disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kereta jenis Honda Civic EJ itu dipercayai berpusing mengakibatkan pemandu lelaki dan remaja perempuan itu tercampak keluar dari kenderaan.
Beliau berkata pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat ‘air lifting bag’ sebelum menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Mohd Khairi berkata Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.23 tengah malam dan sebuah jentera dari BBP Iskandar Puteri dengan lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Operasi tamat sepenuhnya pada 1.37 pagi, katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH 153,000 MURID, PELAJAR DI MELAKA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 – KM
AYER KEROH 16 Januari - Melaka menerima peruntukan sebanyak RM23,043,600 bagi Bantuan Awal Persekolahan sesi 2025, kata Ketua Menteri Datuk...
713 PELAJAR MELAKA DAPAT TABLET PERCUMA
AYER KEROH 16 Januari - Seramai 713 pelajar yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada 61 buah sekolah...
BUKA MINDA PELAJARI TEKNOLOGI DIGITAL, FAHAMI PERANAN MPJ
JASIN 16 Januari - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)...
BERLARI SAMBIL NIKMATI KEHIJAUAN ALAM
MACHAP JAYA 16 Januari - Kehijauan alam semulajadi bakal menemani peserta larian Lestari Run Machap Jaya 2025 yang bakal berlangsung...
AMALAN TURUN PADANG DEKATI RAKYAT
AYER KEROH 16 Januari - Saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh supaya penjawat awam mengamalkan konsep turun padang...
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...