
Dua Adun tidak hadir hari pertama sidang DUN – Speaker
SERI NEGERI 31 Julai – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak hadir pada hari pertama Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, dua Adun berkenaan adalah Adun Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Adun Bukit Katil, Adly Zahari.
Katanya, Adun Lendu tidak dapat hadir bagi menunaikan ibadah Umrah, manakala Adun Bukit Katil yang juga Timbalan Menteri Pertahanan tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di Kementerian Pertahanan.
Persidangan DUN Melaka kali ini akan bersidang selama tiga hari bermula 31 Julai (hari ini) sehingga 2 Ogos.
Sebanyak 108 soalan lisan dan 114 soalan bertulis yang akan dikemukakan Adun pada persidangan kali ini, manakala sebanyak lima usul akan dibentang sepanjang persidangan ini berlangsung.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERENDAK BERSELAWAT SATUKAN 3,000 JIWA, HATI
SUNGAI UDANG 31 Julai - Alunan qasidah dan selawat bergema mengisi ruang Pavilion Kem Terendak apabila dianggarkan 3,000 umat Islam...
MAIM SANTUNI KELUARGA MANGSA NAHAS IMTIYAZ ULUL ALBAB
MASJID TANAH 30 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Skuad Agihan Zakat (SAZ) tampil menyantuni keluarga pelajar Sekolah...
EKONOMI BIRU BUKA 10,000 PELUANG PEKERJAAN UNTUK ANAK MELAKA
KUALA LINGGI 30 Julai - Projek Kuala Linggi International Port (KLIP) dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi biru negeri apabila...
PELABUHAN ANTARABANGSA KUALA LINGGI CAPAI KEMAJUAN LEBIH 10 PERATUS
KUALA LINGGI 30 Julai - Projek Kuala Linggi International Port (KLIP) terus menunjukkan perkembangan positif apabila kerja-kerja penambakan laut berjaya...
55,000 PEMILIK HARTA TERIMA EBILL MPAG
ALOR GAJAH 30 Julai - Seramai 55,000 pemilik harta di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kini boleh menikmati...
MELAKA BUKA LALUAN KERJAYA PENERBANGAN BUAT ANAK B40
KESIDANG 30 Julai - Seramai 20 anak Melaka daripada golongan B40 menerima tajaan latihan bernilai hampir RM10 juta daripada International...
