
DUA ANGGOTA APM, GURU CEDERA AKIBAT KEMALANGAN
AYER KEROH 5 Januari – Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Tengah cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X50 di persimpangan lampu isyarat Dataran 1Malaysia Klebang, jam 6 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebelum kejadian kenderaan milik APM dinaiki tiga anggota dalam perjalanan dari Bukit Rambai menghala ke Klebang selepas menerima panggilan kecemasan melibatkan kes buaya.
“Kemalangan dipercayai berlaku ketika pacuan empat roda terbabit sedang membelok ke kanan. Dua anggota APM yang cedera di badan termasuk luka pada kening selain mengadu sakit dada kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
“Sementara itu pemandu Proton X50 iaitu guru lelaki berusia 50-an pula dilaporkan cedera pada bahagian bibir,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...
