Dua beradik mualaf cekal jalani hidup serba kekurangan

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

PAYA RUMPUT 25 Ogos – Kehilangan ibu dan bapa akibat jangkitan COVID-19 menyebabkan Muhammad Abdul Karim Abdullah terpaksa menggalas tanggungjawab untuk menjaga adiknya Muhammad Hamirul Abdullah, 14.

Menurut perkongsian menerusi Facebook rasmi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), ibu bapa dua beradik berkenaan yang juga saudara mualaf meninggal dunia pada Julai 2021.

Sebagai ketua keluarga Muhammad Abdul Karim bekerja sebagai pembantu tukang masak, selain mengambil upah melakukan pelbagai kerja seperti mengecat dan membaiki peralatan elektrik bagi menambah pendapatan.

“Setiap pagi sebelum ke tempat kerja Muhammad Abdul Karim akan menghantar adiknya ke sekolah di Malim.

“Namun, sejak beberapa minggu yang lalu, Muhammad Abdul Karim mengalami masalah pada pinggang dan rasa sakit menyebabkan dia dia tidak dapat bekerja. Berikutan itu dia juga tidak mampu membayar sewa rumah untuk bulan ini (Ogos),” kata kenyataan itu.

WhatsApp Image 2023-08-25 at 14.23.33
MUHAMMAD Abdul Karim (kiri) menerima sumbangan daripada pihak SAZ dan Unit Kebajikan Mualaf Balai Islam MAIM, baru-baru ini.

Atas rasa simpati Skuad Agihan Zakat (SAZ) Melaka mengambil kesempatan menziarahi dua beradik berkenaan di rumah sewa mereka di Taman Bertam Jaya, Cheng untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

Bagi meringankan beban Muhammad Abdul Karim,SAZ dan Unit Kebajikan Mualaf Balai Islam MAIM menyampaikan bantuan kewangan bagi melunaskan pembayaran sewa rumah dua beradik berkenaan, selain sumbangan barangan keperluan dapur untuk mereka.

“Kami akan membantu dua beradik ini untuk menjadi penerima bantuan bulanan, bagi meringankan beban ditanggung.

“Semoga kehidupan dua beradik ini dipermudahkan dan terus tabah serta cekal dalam meniti kehidupan yang mencabar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1365
Kongsi :
Previous post 53 koperasi masjid ditubuhkan di Melaka
Next post Masjid Al-Muttaqin jadi ikon pelancongan Islam
Ubah saiz-+=