53 koperasi masjid ditubuhkan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PENGKALAN BATU 25 Ogos – Inisiatif meningkatkan ekonomi masjid dan surau menerusi penubuhan koperasi wajar diperluaskan di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini, sebanyak 53 buah koperasi masjid dan surau telah ditubuhkan di Negeri Melaka.

Kata beliau, penubuhan koperasi itu merupakan antara gagasan idea Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bagi membantu meningkatkan ekonomi kariah dan penduduk setempat.

“Alhamdulillah, sebahagian koperasi kariah masjid di negeri ini telah menunjukkan prestasi yang amat baik dengan aktiviti-aktiviti perekonomian dan dapat menjana ekonomi setempat.

“Peluang ini yang perlu dilihat oleh setiap koperasi kariah masjid dan kita perlu bersama-sama membuka mata dan minda untuk menyedari bahawa transaksi perniagaan ini bukan sekadar di peringkat kariah sahaja malah boleh merentasi sempadan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.

Pada 22 Ogos lalu, Rahmad mengiringi Tun Mohd Ali bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Program Multaqa Al-Iqtisodi Masjid Kariah Negeri Melaka Tahun 2023 di Auditorium Masjid Al-Azim, di sini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Badaruddin Mohd Kassim; Ketua Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar dan Pengarah SKM Melaka Mohd Firdaus Shaari.

Tambah Rahmad, menerusi penubuhan koperasi masjid dan surau, ia berupaya melakukan anjakan paradigma terhadap ekonomi ummah, selain menjadi suri tauladan kepada masjid kariah lain di seluruh negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1656
Kongsi :
Previous post Senarai semak bantu urus perbelanjaan
Next post Dua beradik mualaf cekal jalani hidup serba kekurangan
Ubah saiz-+=