Dua lagi institusi cetus kluster pendidikan Melaka diarah tutup

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 31 Jan- Kluster pendidikan di negeri ini semakin membimbangkan berikutan pertambahan kes positif susulan dua lagi kluster yang dikesan di Jasin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata dua institusi pendidikan itu diarahkan ditutup selama dua minggu masing-masing pada 24 dan 27 Jan lalu.

Katanya, susulan perkembangan terbaharu itu jumlah kluster pendidikan aktif di Melaka kini meningkat kepada sembilan dengan 399 pelajar dan guru disahkan positif COVID-19.

Rusdi berkata, kluster pendidikan terbaharu adalah Kluster Jalan Selandar membabitkan 28 kes positif dan enam sampel masih menunggu keputusan.

Dia memberitahu kes melibatkan pelajar dan guru di Sekolah Menengah Agama (SMA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) As Syakirin.

“SMA JAIM As Syakirin ditutup bermula 27 Jan, pelajar asrama tidak dibenarkan pulang manakala pelajar harian (luar asrama) menjalani kuarantin di rumah masing-masing. Kes dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MITC.

“Manakala satu lagi kluster iaitu Kluster Jalan Chinchin 2, membabitkan 36 positif manakala 11 sampel masih menunggu keputusan.

“Kes melibatkan penuntut dan seorang tenaga pengajar di dua blok asrama di Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, IKM Jasin ditutup secara sukarela oleh pihak pengurusan bermula 24 Jan lalu dan akan dibuka semula sehingga mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, kesemua pelajar meneruskan aktiviti pembelajaran dalam talian kecuali pelajar tahun akhir yang perlu menggunakan bengkel.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

795
Kongsi :
Previous post Penerbangan terus dijangka lonjak industri pelancongan Pulau Redang
Next post Tiada makan besar buat mangsa ribut, puting beliung di Ipoh
Ubah saiz-+=