Sorting by

×

REMPEYEK ANA KUDAPAN POPULAR DARI BUKIT SEDANAN

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

ASAHAN 3 Mei – Rempeyek atau sering dipanggil ‘peyek’ merupakan antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai dan biasanya menjadi pilihan setiap kali musim perayaan.

Siapa sangka kuih tradisional popular itu yang pada awalnya dibuat secara suka-suka, kini menjadi lubuk rezeki puluhan tahun bagi seorang pengusaha rempeyek, Ana Seman, 58.

“Pada awalnya, saya cuba mengolah sendiri resepi. Saya buat percubaan selama setahun hingga dua tahun dan apabila permintaan rempeyek mendapat sambutan, saya terus menumpukan sepenuhnya kepada pengeluaran rempeyek.

“Saya menghasilkan empat jenis rempeyek iaitu kacang tanah, kacang dal, kacang hijau dan bilis,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Baru Bukit Sedanan, di sini.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata, menjelang musim perayaan Aidilfitri, permintaan rempeyek meningkat sehingga empat kali ganda berbanding hari biasa, manakala semasa Tahun Baru Cina, permintaan pula meningkat dua kali ganda.

“Harga rempeyek bergantung kepada berat dan bekas yang digunakan antara RM18 hingga RM20 bagi setiap 650 gram ,” jelasnya.

Menurutnya, purata pendapatan secara kasar pada musim perayaan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sebulan disebabkan permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

“Pesanan terlalu banyak menyebabkan saya terpaksa meminta bantuan suami dan anak-anak serta pekerja separuh masa untuk menguruskan operasi pembuatan rempeyek,” katanya.

Ana menambah, bengkelnya bukan sahaja menjadi pusat pengeluaran, tetapi juga tempat orang kampung dan belia belajar cara membuat rempeyek secara tradisional.

Rempeyek keluarannya dikatakan istimewa kerana tidak menggunakan santan sebaliknya menggunakan air biasa dan minyak berkualiti, yang menjadi rahsia untuk mengekalkan rasa rangup serta tahan lama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

313
Kongsi :
Previous post WRUR PELENGKAP USAHA MELAKA JUARAI KEBAJIKAN RAKYAT
Next post PEKEBUN LEGA MASALAH HAKISAN TEBING SUNGAI SELESAI