Sorting by

×

DUA LELAKI MAUT, KERETA TERBABAS REMPUH POKOK

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KLEBANG 22 Jun – Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pokok di Jalan Persisiran Pantai Klebang, berhampiran lampu isyarat Hospital Oriental Melaka, awal pagi tadi.

Pemandu kereta berkenaan Muhammad Nur Zamani Mohd Nazery, 28, dan penumpang, Muhammad Haziq, 25 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, tangan serta kaki.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati kereta dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah bandar Melaka menghala ke Bukit Rambai.

Katanya, sebaik tiba di lokasi Kejadian kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar kon penghadang jalan.

“Akibat rempuhan itu kereta terbabit berpusing melanggar pokok di tengah-tengah pembahagi jalan.

“Kemalangan mengakibatkan pemandu dan penumpang meninggal unia di lokasi Kejadian dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan ditahan di Balai Polis Malim untuk dibawa ke Pusat  Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zahery Mohd Zailani berkata pihaknya tiba di lokasi Kejadian kira-kira jam 7.00 pagi selepas menerima maklumat.

“Setibanya bomba di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa tersepit iaitu pemandu kereta manakala seorang lagi mangsa tercampak keluar dari kereta terbabit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

808
Kongsi :
Previous post WRUR DUN BEMBAN, FOKUS SELESAIKAN ADUAN RAKYAT DALAM DUA MINGGU
Next post LESEN LADANG AYAM SIMPANG BEKOH DITARIK, DIBENAR BEROPERASI SEMULA JIKA PATUHI SYARAT