Dua maut, kapal Dayang Topaz rempuh platform minyak

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 27 Okt. – Dua kru maut manakala 185 anak kapal terselamat selepas kapal penyelenggaraan minyak dan gas, Dayang Topaz merempuh platform Minyak Baram B di kedudukan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri awal pagi tadi.

Menurut kenyataan dikeluarkan Unit Korporat Jabatan Laut Malaysia (JLM), Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya menerima isyarat kecemasan daripada kapal berkenaan.

Kata kenyataan itu, pada masa kapal Sapura Constructor turut menerima isyarat kecemasan dan menggerakkan bantuan awal bagi mengesan lokasi sebenar kapal terbabit.

“Maklumat awal diterima menyatakan 62 kru masih berada di atas kapal manakala 125 lagi terjun ke dalam laut.

KEMALANGAN Kapal Dayang Topaz yang merempuh platform Minyak Baram B di perairan Miri pagi tadi

“Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan yang diketuai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta dibantu beberapa kapal di bawah selian SKO Petronas Carigali Sarawak Operations,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, semua mangsa bagaimanapun telah diselamatkan dan di bawa ke atas kapal bantuan.

“Sehingga kenyataan media dikeluarkan, dua anak kapal maut iaitu seorang warga tempatan manakala seorang lagi belum dikenal pasti manakala 185 kru kapal lain disahkan selamat,” katanya.

Jelas kenyataan itu, berdasarkan maklumat awal diperolehi, kejadian itu berlaku dalam keadaan cuaca buruk dan sauh kapal Dayang Topaz telah terputus sehingga menyebabkan kapal berkenaan tidak dapat kawal sebelum melanggar platofrm Minyak Baram B.

“Bagaimanapun, kesan kerosakan akibat perlanggaran itu belum dapat dipastikan dan tiada sebarang pencemaran marin berlaku.

“Kapal Dayang Tropaz telah berlayar menuju ke Limbungan bagi tujuan pembaikan dan pemeriksaan untuk mengenal pasti kerosakan sebenar,” katanya.

Views:

1266
Kongsi :
Previous post MUSA sumbang kerusi roda kepada ‘Arab’
Next post Rasuah: Bekas KP Perisikan dan dua pegawai kanan ATM didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
Ubah saiz-+=