
Dua maut, lima cedera nahas babit tiga kereta
SHAH ALAM, 22 Disember – Dua lelaki maut manakala lima yang lain termasuk seorang bayi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Persiaran Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan kereta Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry itu pada 6.23 pagi.
Beliau berkata lima pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
“Dua lelaki berkenaan yang tercampak ke dalam longkang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.
Mangsa yang cedera, katanya terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi serta dua lelaki dan mereka dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 20,000 RUMAH MAMPU MILIK SIAP DIBINA DI MELAKA
AYER KEROH 15 Mei - Sebanyak 20,192 unit Rumah Mampu Milik (RMM) sudah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM)...
DEWAN ‘RAJA SEHARI’ PALING BERBALOI DI AYER KEROH
AYER KEROH 15 Mei – Bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan di lokasi eksklusif dengan pelbagai fasiliti lengkap wajar mempertimbangkan...
KARNIVAL HEBADS 2026 CETUS GENERASI BERANI KATAKAN TIDAK KEPADA BULI, DADAH
MASJID TANAH 15 Mei - Karnival Hentikan Buli, Anti Dadah, Rokok/Vape dan Jenayah Seksual (HeBADS) Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
MAIM REKOD 41 INDIVIDU PELUK ISLAM DI MELAKA TAHUN INI
BUKIT KATIL 15 Mei - Seramai 41 saudara baharu telah direkod memeluk Islam dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam...
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
