Dua pelajar Melaka sah positif varian Omicron

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 26 Jan – Dua pelajar daripada daripada kluster pendidikan antara 18 yang disahkan positif varian Omicron setakat hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, Dr. Rusdi Abd Rahman berkata, mengikut pecahan 12 kes varian Omicron dikesan di daerah Melaka Tengah, diikuti tiga di Alor Gajah dan tiga di Jasin.

“Dua varian Omicron membabitkan pelajar itu dikesan daripada empat kluster pendidikan yang telah direkodkan di Melaka setakat ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Semalam, Melaka Hari Ini melaporkan, daripada 261 kes positif COVID-19 dilaporkan di negeri ini semalam, hanya satu kes varian Omicron membabitkan kluster pendidikan dikesan.

Bagaimanapun, jumlah itu meningkat kepada dua kes hari ini selepas menerima data terbaharu.

Untuk rekod, setakat ini terdapat empat kluster pendidikan masih aktif di Melaka iaitu Kluster Jalan Kemendor yang membabitkan Kolej Vokasional (KV) Datuk Seri Abu Zahar Isnin dan Kluster Jalan Tun Telani membabitkan pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.

Dua lagi kluster adalah, Kluster Hang Tuah Jaya membabitkan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Kluster Jalan Pengkalan Batu membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad.

Malah, terdapat lagi sebuah sekolah dikesan mempunyai jangkitan COVID-19 yang masih aktif namun belum dishytihar sebagai kluster baharu.

Dr. Rusdi berkata, trend peningkatan kes COVID-19 membabitkan kluster pendidikan dilihat membimbangkan dikhuatiri akan meningkat membabitkan penempatan pelajar sekolah berasrama.

“Bagi saya situasi ini membimbangkan di Melaka terutama membabitkan pelajar asrama dan tidak hairan sekiranya sekolah lain yang berasrama akan mencetuskan kluster baharu sekiranya kita tidak berhati-hati.

“Kita lihat memang ada peningkatan jelas jadi kita mohon kepada semua pihak termasuk guru dan pihak sekolah perlu mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

952
Kongsi :
Previous post Ingkar arahan Mahkamah Buruh, bengkel kereta nyaris kena lelong
Next post PRN Johor: DAP, Amanah guna logo PH…PKR guna logo sendiri
Ubah saiz-+=