
DUA PELAJAR MRSM ALOR GAJAH HILANG DITEMUKAN DI PASAR SENI
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata dua pelajar berusia 16 tahun itu didapati telah mendapat rawatan di sebuah Klinik Kesihatan berhampiran kerana kurang sihat sebelum dijumpai.
“Selepas ditemukan, mereka telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan telah diserahkan kembali kepada pihak keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata dua pelajar itu ditemukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.
Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook rasminya turut berkongsi kesyukuran selepas dua pelajar itu dijumpai.
Semalam, media melaporkan polis menerima laporan membabitkan kehilangan kedua-dua pelajar itu daripada guru mereka.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA AGENDA UTAMA MOHD RIDHWAN PERKASA AYER MOLEK
SERI NEGERI 16 November - Penambahbaikan infrastruktur awam, kemudahan sekolah agama serta penyelesaian projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) antara keutamaan...
ABDUL HAKIM TURUN PADANG TINJAU MASALAH PENIAGA, ISU RAKYAT
LENDU 16 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, turun padang meninjau permasalahan dihadapi...
‘RAKYAT BUKAN LIHAT SAYA SAHAJA, TAPI YAKIN GABUNGAN BN-PN’ – HAMEED
SERI NEGERI 16 November - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau pada Pilihan Raya...
ISU BANJIR, PERPARITAN JADI KEUTAMAAN CIKGU MUS
SERI NEGERI 16 November – Penyelesaian masalah banjir dan penambahbaikan sistem perparitan di kawasan berisiko menjadi antara keutamaan Ahli Dewan...
‘ACIK ZUL’ MAHU PERJUANG PERUNTUKAN KHAS, BANTU KEDIAMAN DAIF ORANG ASLI
SERI NEGERI 16 November - Memperjuangkan peruntukan tambahan bagi membantu memperbaiki kediaman daif masyarakat Orang Asli antara fokus yang mahu...
RAIS TUNAI AKU JANJI, 30 PERATUS PERUNTUKAN UNTUK KOMUNITI TENTERA
SERI NEGERI 16 November – Sebanyak 30 peratus peruntukan yang diterima sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan dikhususkan Datuk...
