Dua sahabat ditemukan lemas selepas terjatuh di Sungai Skudai

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

JOHOR BAHRU 28 Feb. – Dua kanak-kanak lelaki, dipercayai sahabat baik yang hilang setelah terjatuh ke Sungai Skudai berdekatan Kampung Batu 8, di sini petang semalam, ditemukan lemas malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata mangsa pertama iaitu kanak-kanak berumur sembilan tahun dijumpai kira-kira 8.58 malam sementara mangsa kedua berumur lapan tahun, ditemukan kira-kira tiga jam selepas itu.

“Mangsa pertama Ahmad Daniel Abdullah, yang dikenal pasti oleh ibu mangsa dan bapa tiri mangsa manakala mangsa kedua Osmond Chan Wu Ye ditemukan pada 12.10 tengah malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Suhaimi berkata seramai lapan anggota daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin bersama lima anggota unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan bantuan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu utiliti hilux digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan kira-kira 6.37 petang.

Beliau berkata unit PPDA melakukan teknik ‘skin dive’ dan ‘windshield wiper searching’ pada kedalaman sungai kurang dua meter di lokasi kejadian sebelum menemukan kedua-dua mangsa berkenaan.

Mohd Suhaimi berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat selesai jam 12.53 tengah malam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

906
Kongsi :
Previous post Melaka tidak berhasrat beli sendiri vaksin COVID-19
Next post Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular: mayat mangsa hilang ditemukan
Ubah saiz-+=