Dua warga emas melambung dilanggar Proton Saga

Masa Membaca:58 Saat

JASIN 17 Ogos – Suami isteri warga emas cedera selepas dilanggar sebuah Proton Saga ketika melintas jalan di Jalan Bandar Jasin, di sini, jam 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pihaknya melakukan siasatan berdasarkan satu rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 14 saat yang diterima pada jam 11.30 pagi tadi.

“Kemalangan berlaku pada 16 Ogos dan ketika kejadian seorang lelaki berusia 32 tahun memandu Proton Saga dari arah kediamannya menghala ke Pasar Besar Jasin.

“Ketika memandu di hadapan kedai kek Jasin, dipercayai pemandu tersebut telah melanggar dua pejalan kaki merupakan warga emas sepasang suami isteri.

“Akibat kemalangan, kedua-dua mangsa jatuh di tempat kejadian dan mengalami luka di tangan, lutut, kaki dan kepala,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan oleh pemandu Proton Saga berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati pasangan warga emas tersebut dan pemandu Proton Saga mempunyai pertalian persaudaraan.

“Kami tidak menolak kemungkinan ketika kejadian pemandu Proton Saga sedang leka bermain telefon bimbit. Siasatan dijalankan mengikut seksyen 43(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3064
Kongsi :
Previous post Institusi pendidikan, pemain industri bekerjasama perkasakan TVET
Next post e-placement untuk pegawai jawatan tetap dibuka pertengahan September
Ubah saiz-+=