Enam PDK Melaka Tengah terima peruntukan RM1.093 juta setahun

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 Disember – Peruntukan berjumlah RM1.093 juta diperuntukan kepada enam Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di daerah Melaka Tengah.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan, Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, jumlah itu adalah bagi tempoh Februari 2022 sehingga Februari 2023.

Kalsom berkata enam PDK tersebut memberikan perkhidmatan kepada seramai 187 pelatih orang kurang upaya (OKU).

Katanya, PDK merupakan kaedah pembangunan komuniti OKU dimana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga serta masyarakat setempat.

“PDK ditubuhkan atas inisiatif penduduk setempat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kerajaan Negeri turut memperuntukkan beberapa insentif bagi golongan OKU ini antaranya, kemudahan ambulans percuma.

“Kemudahan mesra golongan OKU di semua bangunan jabatan, agensi kerajaan dan swasta juga ditambah selain mewujudkan Pusat Latihan OKU.

“Diharap dengan insentif disediakan memberi manfaat kepada golongan OKU di Negeri Melaka khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas merasmikan Program Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) 2022 Peringkat PDK Melaka Tengah, disebuah hotel, di sini, semalam.

Kalsom berkata, Transformasi Ke Arah Pembangunan Inklusif; Peranan Inovasi Dalam Memenuhi Aksesibiliti dan Kesaksamaan OKU diangkat menjadi tema Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Kebangsaan 2022.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2290
Kongsi :
Previous post Amaran hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan sehingga Khamis
Next post Banjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam
Ubah saiz-+=