Enam pemain di ABM positif COVID- BAM

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR 17 April. – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengesahkan enam pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM) positif COVID-19.

Menurut kenyataan BAM, kesemua pemain tersebut yang tidak mempamerkan sebarang gejala, kini menjalani kuarantin kendiri.

“Selepas perundingan dengan Kementerian Kesihatan, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara, kesemua 91 atlet, jurulatih dan pegawai di ABM di Bukit Kiara menjalani ujian saringan, namun kesemuanya negatif,” kata BAM.

Proses sanitasi menyeluruh juga telah dijalankan di ABM pada Jumaat dan latihan berkonsepkan kuarantin akan diadakan semula di Pusat Kecemerlangan Badminton Negara, manakala semua aktiviti sekolah akan dijalankan secara dalam talian untuk tempoh beberapa hari akan datang.

“Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kesemua mereka yang berada di ABM merupakan keutamaan kami dan kami berharap enam atlet terbabit akan pulih secepat mungkin,” kata BAM.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengarahkan MSN, ISN dan BAM supaya mengambil tindakan segera mengikut arahan dan prosedur Kementerian Kesihatan demi keselamatan atlet, jurulatih dan pegawai.

“Saya telah dimaklumkan mengenai kes jangkitan COVID-19 di ABM. Keselamatan atlet, jurulatih dan pegawai sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam laman Twitter hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

925
Kongsi :
Previous post Polis cari lelaki dalang pembikinan dua video Aidilfitri promosi judi dalam talian
Next post Semua sekolah, institusi pendidikan di tujuh jajahan di Kelantan ditutup seminggu mulai hari ini
Ubah saiz-+=