ERT PPSPM cekap dan profesional

Masa Membaca:48 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 Julai – Seramai 20 anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjadi pasukan penyelamat utama yang akan digerakkan jika berlaku sebarang insiden di Sungai Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk TPr. Murad Husin berkata, ERT PPSPM ditubuhkan sejak lebih lima tahun lalu diberikan latihan dan pendedahan mengenai pelbagai teknik menyelamat termasuk di perairan serta ketika bencana.

Katanya, kecekapan dan kemahiran pasukan ERT tidak perlu diragui, malah sembilan daripada mereka adalah pemegang lesen ‘International Respond’.

“Setakat ini jumlah anggota ERT adalah memadai, namun akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan termasuk selepas Sungai Melaka Fasa 2 beroperasi nanti.

“Semua anggota pasukan ini menjalani latihan berterusan termasuk menerusi kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan terkini Hospital Pakar Putra Melaka Sdn. Bhd. (PSHMSB),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan pelan latihan bencana di Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1342
Kongsi :
Previous post Hargai erti kemerdekaan, edar 1,000 Jalur Gemilang – JaPen
Next post Waktu melawat tiga hospital di Melaka ditambah baik
Ubah saiz-+=