Fenomena belalai air di perairan Pulau Besar

Masa Membaca:56 Saat

SERKAM 7 Julai – Penduduk yang mendiami kawasan sepanjang Pantai Siring, di sini, gempar dengan fenomena belalai air semalam.

Menerusi video yang tular di laman sosial menunjukkan fenomena alam itu dipercayai berlaku sekitar perairan Pulau Besar.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena itu disebabkan penumpuan angin di kawasan bertekanan rendah berbanding persekitarannya pada skala diameter yang sangat kecil dengan anggaran sehingga 50 meter.

Katanya, fenomena itu dipanggil belalai air sekiranya terbentuk di atas permukaan air dan belalai darat sekiranya berlaku di daratan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri lokasi berlakunya belalai air. Fenomena belalai air ini disertai angin kencang boleh menyebabkan laut bergelora yang berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

“Mereka yang berada di dalam bangunan seperti, seboleh-bolehnya pergi ke tingkat bawah dan cari sudut atau bilik yang paling kukuh binaannya.

“Jauhkan diri daripada kawasan yang bercermin, seperti tingkap dan pintu kaca,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, belalai air itu bukan pertama kali berlaku kerana terdahulu pada Mei, fenomena sama dilaporkan di Pengerang, Kota Tinggi, Johor dan Lawas, Sarawak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1477
Kongsi :
Previous post Selenggara parit atasi banjir di Kampung Pulai
Next post MBMB hapus sarang gelandangan
Ubah saiz-+=