Fenomena kompang, rebana menyatupadukan Melaka seantero nusantara
BANDA HILIR 24 Jun – Pertandingan Kompang dan Persembahan Rebana Nusantara bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan dijadikan sebagai acara tahunan memartabatkan seni berzaman itu ke peringkat lebih tinggi.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pertandingan seumpama itu dilihat berpotensi menyatupadukan masyarakat antara negara nusantara seperti Indonesia, Singapura serta lain-lain.
Katanya, ia secara tidak langsung merancakkan lagi promosi kepada pelancongan Melaka.
“Kalau kita lihat pemenang utama datangnya dari negara jiran (Indonesia). Sudah tentu dengan adanya penganjuran ini, bukan sahaja melibatkan peserta dari luar tetapi satu rombongan besar dari sana datang ke Melaka memberi sokongan.
“Secara tidak langsung ini dapat memberi pulangan kepada kerajaan dan juga rakyat Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kompang dan Persembahan Rebana Nusantara sempena TMM2024 di Pavilion Melaka, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalannya, Datuk Zaidi Attan, Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA), Drs. Mohd Nasruddin Rahman dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Sa’ari Basiron.
Katanya, berdasarkan sambutan yang amat memberangsangkan, pihaknya yakin program kesenian itu mampu menarik lebih banyak penyertaan pada masa akan datang.
“Saya cukup yakin dengan kita memberikan hadiah yang cukup menarik, ini akan memberi rangsangan kepada orang ramai mengetengahkan bakat bermain kompang dan rebana,” katanya.
Terdahulu, Sekolah Kebangsaan Selandar telah memenangi johan bagi kategori Sekolah Rendah, Kompang Asis Sekolah Menengah Sains Shah Alam (kategori ๐๐๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ก), ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ ๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ (kategori IPT) dan ๐๐๐๐ฎ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ก๐๐ง๐๐๐ญ๐ฎ ๐๐ญ๐๐ซ๐, ๐๐๐๐๐ง, ๐๐ง๐๐จ๐ง๐๐ฌ๐ข๐ (kategori Terbuka dan Persembahan Terbaik).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.