Fenomena Vespa kembali ke Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

KLEBANG 11 Disember – Bagai mengembalikan nostalgia lama, kini Vespa kembali menjadi fenomena menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ia selepas motosikal klasik yang dimodenkan dengan rekaan dan warna menarik itu mula menambat hati orang ramai, termasuk anak muda.

Berita baiknya, peminat jenama motosikal yang berusia lebih 77 tahun itu kini tidak perlu bimbang kerana ruang pameran Vespa kini dibuka di Taman Mayfair Klebang oleh Zen Sports Sdn Bhd.

Zen Sports yang merupakan anak syarikat Ban Zen Motors Sdn Bhd menjadi pengedar dan penjual sah jenama Vespa dan Aprilia di negeri bersejarah ini.

Wakil Zen Sports Sdn Bhd, Teh Chun Kiat, 28, berkata, terdapat tiga variasi Vespa boleh didapati dan ditunggang uji di ruang pameran berkenaan iaitu 125cc, 150cc dan 3000cc.

Whatsapp Image 2023 12 11 At 12.44.36 Pm
ANTARA vespa dengan rekaan dan warna menarik yang dipamerkan di ruang pameran di Klebang.

Menariknya, kesemua Vespa itu kini dilengkapi dengan teknologi baharu seperti Sistem Brek Antikunci (ABS), papan pemuka digital dan kunci pintar.

“Kita terpanggil untuk membuka ‘showroom’ ini kerana kita melihat motosikal ini bukan lagi sekadar pengangkutan untuk ke mana-mana, tetapi ia kini merupakan gaya hidup.

“Jadi, kita ingin mempromosikan gaya hidup menerusi Vespa dan ia bertepatan dengan Melaka sebagai negeri pelancongan, selain sambutan TMM2024 yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, selain Vespa, ruang pameran itu turut mempamerkan skuter jenama Aprilia 250cc.

Whatsapp Image 2023 12 11 At 12.44.37 Pm
SEKITAR majlis perasmian ‘showroom’ Vespa Melaka di Klebang, baru-baru ini.

Dengan harga serendah RM15,000 bagi Vespa dan serendah RM19,900 bagi skuter Aprilia, Zen Sports turut menawarkan pinjaman terus dari kedai kepada yang berminat untuk memiliki motosikal berkenaan.

Tambah Chun Kiat lagi, ruang pameran di Klebang itu dibuka pada setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman Facebook Vespa Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1108
Kongsi :
Previous post TVET lahir belia berkualiti
Next post Bunuh majikan, suami isteri masing-masing di penjara 35 tahun
Ubah saiz-+=