
FIESTA BENDANG MERDEKA GADEK SEDIA 13 ACARA MENARIK
GADEK 29 Ogos – Program Fiesta Bendang Merdeka @ Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat DUN Gadek menyajikan 13 aktiviti menarik untuk para pengunjung di negeri ini.
Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk V.P Shanmugam berkata, aktiviti itu bagi mencapai sasaran seramai 3,000 pengunjung ke fiesta berkenaan yang diadakan pada 1 September ini di kawasan sawah padi Kampung Gadek.
“Antara aktiviti diadakan seperti mengocak ikan, pukul bantal, basikal cross, tangkap itik, congkak, tarik upih, panjat tiang licin, tarik tali sawah, memancing ikan, wayang pacak dan lain-lain.
“Justeru, orang ramai dijemput hadir pada tarikh tersebut bagi memeriahkan suasana fiesta yang diadakan buat kali kedua ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek berkata para pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah cabutan bertuah pada fiesta berkenaan.
“Fiesta ini akan dirasmikan pada jam lapan malam, pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan kepada pengunjung, jadi saya mempelawa orang ramai untuk datang pada hari tersebut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDIKA, 3 NGO KONGSI REZEKI BUBUR LAMBUK ESOK
BUKIT KATIL 23 Februari - Bersempena Ramadan tahun ini, Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bakal menganjurkan program agihan bubur lambuk...
MESRA: RAKYAT DIDAHULUKAN, KEMAKMURAN DIPERTAHAN
TANJUNG BIDARA 23 Februari - Inisiatif Melaka Sayang Rakyat (MESRA) diterjemahkan dalam pelbagai bentuk termasuk penyaluran bantuan daripada Majlis Agama...
7 BAZAR AIDILFITRI BEROPERASI SELURUH MELAKA
KLEBANG 23 Februari - Sebanyak tujuh bazar Aidilfitri beroperasi di seluruh Negeri Melaka sepanjang Ramadan tahun ini, kata Exco Kanan...
PENDUDUK KAMPUNG TAMPOI BERSYUKUR SRA JAIM JADI REALITI
PAYA RUMPUT 23 Februari - Penantian sekian lama penduduk Kampung Tampoi untuk memiliki sebuah sekolah rendah agama (SRA) akhirnya menjadi...
SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU KAK PAH PEMBUKA SELERA BERBUKA PUASA
DUYONG 23 Februari - Keaslian rasa resepi warisan tiga generasi menjadikan sambal tempoyak daun kayu hasil air tangan Mak Pah...
ATASI ISU KESESAKAN BAZAR RAMADAN DUN DUYONG
DUYONG 23 Februari - Beberapa pendekatan diambil pihak penganjur bazar Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dalam menangani isu...
