Gara-gara Viva belok kanan, penunggang motosikal maut

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PAYA RUMPUT 5 Februari – Seorang maut, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat Taman Paya Mas, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam ini, mangsa yang maut ialah Amir Asyraaf Abdul Zalil, 24, yang merupakan pembantu jurutera sebuah kilang di Ayer Keroh.

Manakala pemandu kereta Perodua Viva berusia 38 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan sedang dirawat di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang maut sedang dalam perjalanan dari arah Batu Berendam menghala ke Masjid Tanah.

Katanya, ketika sedang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau, tiba-tiba datang sebuah kereta membelok ke kanan di kawasan tidak dibenarkan menyebabkan berlaku pelanggaran di antara dua kenderaan.

“Penunggang motosikal maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.

“Manakala pemandu kereta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dirawat di zon merah Hospital Melaka,” katanya.

Menurut Christopher, terdapat rakaman kamera papan pemuka (dashcam) daripada orang awam memaparkan kemalangan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5667
Kongsi :
Previous post TMM2024: Kembali ke zaman silam pada bulan Februari
Next post Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan
Ubah saiz-+=