
Gary sedia ‘menggegau’ bersama MUFC
BEKAS tonggak Harimau Muda, Gary Steven Robbat sah menjadi milik Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) selepas dipinjamkan dari Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga tamat musim ini.
Perkara itu diumumkan MUFC dalam satu kenyataan yang mengalu-alukan kedatangan pemain berusia 28 tahun itu menyertai keluarga skuad Hang Tuah selain turut memperkenalkannya dalam satu panggilan video di laman Facebook rasmi MUFC.
Dalam video berkenaan, Gary menyatakan keterujaan untuk menyarung jersi hijau putih dan berjanji memberikan yang terbaik bersama pasukan.
“Saya cukup gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Melaka United musim ini.
“Saya akan memberikan komitmen 100 peratus di dalam semua perlawanan dan saya sudah tidak sabar lagi untuk bersama pasukan ini,” katanya.
Untuk rekod, Gary bukan lagi nama asing dalam arena bola sepak tempatan memandangkan beliau antara produk skuad Harimau Muda sebelum menyertai JDT pada 2015.
Pemain tengah itu juga pernah mewakili skuad bola sepak kebangsaan di pelbagai peringkat seperti Skuad Bawah 21, 23 dan Senior di peringkat antarabangsa.
Malah, ketika menyertai JDT, dia juga pernah diberi peluang berlatih bersama kelab Bundesliga, Borussia Dortmund.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ZOO MELAKA, UTM GABUNG KEPAKARAN BANGUNKAN FASILITI MESRA HIDUPAN LIAR
AYER KEROH 11 September - Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Zoo Melaka membuka ruang kepada pembangunan fasiliti hidupan liar...
WRUR TANJUNG BIDARA JADI TUMPUAN, SIRI TERAKHIR SELEPAS JELAJAH 28 DUN
SERI NEGERI 11 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara yang berlangsung 13...
‘AYAH SAYA TAK CEMERLANG’, LUAHAN ANAK CETUS USAHA HAMEED RAI MURID PENDIDIKAN KHAS
AYER LIMAU 11 September - "Ayah, saya tak cemerlang." Itu luahan ringkas anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer...
PRN MELAKA: WAKTUNYA TAK BERAPA PANJANG, TAK BERAPA PENDEK
KUALA LUMPUR 11 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberikan bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka...
SOKONGAN MAIM, TAPEM PERKUAT LANGKAH ANAK MELAKA DI MESIR
PENGKALAN BATU 11 September - Keprihatinan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka...
BUDAYA KERJA M.E.L.A.K.A PACU PENJAWAT AWAM LEBIH CEKAP, RESPONSIF
SERI NEGERI 11 September - Budaya kerja berteraskan nilai M.E.L.A.K.A atau Mesra, Empati, Laju, Akal, Kerjasama dan keupayaan menyesuaikan diri...

