MBAM minta kerajaan beri sokongan ekonomi segera

Masa Membaca:2 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR 31 Mei – Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) yang diwakili oleh kira-kira 17,000 ahli dalam industri pembinaan tempatan telah meminta kerajaan memberi sokongan ekonomi dengan segera daripada kerajaan.

Ia berkata kebanyakan kontraktor masih terjejas teruk dan menghadapi kesukaran kerana pelbagai kos tambahan yang timbul akibat pandemik COVID-19 termasuk tetapi tidak terhad kepada harga palang besi dan tembaga yang tinggi, jumlah pekerja tidak mencukupi, pematuhan Akta 446 melibatkan kos yang tinggi, melibatkana kos tinggi dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) dan kos ujian saringan COVID-19.

“Semua kos ini tidak termasuk untuk tempoh awal projek dan tanpa ada peruntukan dalam Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 untuk melindungi kontraktor.

“Kami menghadapi pelbagai cabaran bagi memastikan projek dapat disiapkan tepat pada masanya dan memberi jaminan pekerjaan kepada pekerja dalam industri ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

MBAM berkata Sekatan Pergerakan Penuh selama enam minggu yang melibatkan dua fasa dan berkemungkinan mengambil masa yang lebih lama, kebanyakan kontraktor tidak mampu lagi menyerap kos-kos tambahan atau bertambah dua kali ganda lebih tinggi.

Dalam jangka pendek hingga sederhana, industri itu akan menghadapi kekurangan kontraktor dan ia boleh mengakibatkan kenaikan harga secara keseluruhan.

Sehubungan itu, MBAM berharap supaya kerajaan mengumumkan dan melancarkan pakej rangsangan tambahan dengan segera untuk membantu ekonomi dan rakyat mengatasi kesan daripada pandemik tersebut.

Antara cadangannya ialah melanjutkan moratorium automatik untuk individu dan perniagaan mulai 1 Jun; bantuan kewangan dan kadar pembiayaan faedah rendah untuk memberi bantuan kewangan kepada perniagaan; pengecualian cukai untuk perniagaan dan memberi subsidi utiliti sepanjang tempoh Sekatan Perjalanan Penuh dan program subsidi upah untuk semua pekerja yang berpendapatan RM 4,000 dan ke bawah.

Selain itu, MBAM berkata kerajaan harus mempertimbangkan untuk memberi saringan COVID-19 percuma secara besar-besaran untuk setiap orang di seluruh negara untuk mengesan dan memutuskan rantaian COVID-19.

Ia berkata kadar vaksinasi untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga harus dipercepatkan dengan bantuan hospital dan klinik swasta.

“Kerajaan telah berusaha untuk mengimbangi antara ekonomi dan kelangsungan kehidupan rakyat. Bagaimanapun, pada realitinya, industri pembinaan Malaysia memerlukan suntikan wang secara langsung ke dalam perniagaan dengan segera sebagai langkah berkesan untuk memastikan industri ini kekal mampan,” katanya.

MBAM juga meminta supaya kerajaan menangguhkan dan tidak memperkenalkan sebarang dasar baharu yang lain ketika waktu mencabar ini kerana ia akan meningkatkan kos menjalankan perniagaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

479
Kongsi :
Previous post Gary sedia ‘menggegau’ bersama MUFC
Next post PKP penuh: Pejabat KWSP negeri beroperasi seperti biasa ‘di saat akhir’
Ubah saiz-+=