Gempa bermagnitud 6.1 gegar selatan Filipina

Masa Membaca:23 Saat

MANILA, 5 Dis – Gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda wilayah Davao Occidental di selatan Filipina pada Ahad, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Kejadian itu berlaku pada 7.48 pagi waktu tempatan itu pada kedalaman 156 kilometer (km), kira-kira 285 km tenggara pulau Sarangani, lapor Agensi Berita Xinhua.

Institut itu turut meramalkan gegaran susulan dijangka berlaku, gempa turut dirasai di bandar Cateel berhampiran Davao Occidental.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

625
Kongsi :
Previous post Kerajaan pastikan fasa dua Lebuhraya Pan Borneo Sarawak diteruskan – PM
Next post Dua ADUN positif COVID-19, sidang DUN Kelantan ditangguh – Speaker
Ubah saiz-+=