
Gempa bumi di Cianjur Indonesia: Tiada rakyat Malaysia terlibat – Wisma Putra
PUTRAJAYA, 22 Nov – Wisma Putra hari ini mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.6 di daerah Cianjur, Jawa Barat di Indonesia semalam.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, mereka diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta boleh dihubungi di talian +62 21 5224947 bagi pertanyaan umum dan +62 813 8081 3036 untuk urusan kecemasan selepas waktu pejabat atau emel kepada [email protected].
Kejadian gempa bumi dilaporkan berlaku semalam pada pukul 1.21 petang waktu tempatan di Jawa Barat, kira-kira 110 kilometer dari Jakarta.
Setakat ini, gempa bumi itu dilaporkan telah mengorbankan 162 nyawa, disamping mengakibatkan kerosakan infrastruktur yang tinggi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
