Perkasa kebersihan dan keindahan kawasan pelancongan

Masa Membaca:1 Minit, 52 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 November – Kebersihan dan keceriaan di kawasan pelancongan utama akan lebih ditumpukan selepas ini bagi memastikan kelestarian dan keindahan kawasan tarikan itu mampu dikekalkan.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitara, Datuk Zaidi Attan berkata ia perlu dilaksanakan seiring dengan pengkitirafan negeri ini sebagai antara 10 bandar terpilih di Malaysia sebagai Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi.

Beliau berkata, hasratnya bagi mengembalikan Melaka sebagai negeri paling bersih suatu ketika dahulu merupakan aspirasi utama kerajaan negeri dengan penekanan utama merentasi pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi lain.

“Kita mahu tingkatkan lagi Melaka ini menuju negeri lestari yang pentadbirannya di mana usaha ini bukan sahaja perlu dipertingkatkan di bawah PBT tapi perlu merentasi sempadan di bawah agensi-agensi lain.

“Kawasan pelancongan utama dan kawasan medan selera utama merupakan fokus utama kita bagi memastikan Melaka ini menuju kepada negeri pelancongan terbersih dan mendapat kehadiran pengunjung tertinggi di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Negeri Melaka 2022 diadakan di sebuah hotel mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, di sini hari ini.

photo_2022-11-22_18-11-40
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Zaidi Attan bergambar bersama tetamu yang hadir sempena Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Negeri Melaka 2022 di Hotel Swiss Garden Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Dalam program itu sebanyak 21 kategori telah dipertandingkan sejak tujuh bulan lalu membabitkan pelbagai penyertaan kebersihan daripada agensi kerajaan dan swasta.

Zaidi berkata, kerajaan negeri akan menganjurkan semula pertandingan kebersihan dan keindahan seperti yang dianjurkan selepas ini bagi memberi penekanan sebagai titik permulaan memastikan kebersihan negeri di setiap kawasan dapat diperkasa.

“Kita akan kembalikan semula idea-idea ini untuk mencapai semula sebagai negeri terbersih suatu ketika dahulu,” katanya.

Beberapa kategori dipertandingkan dalam program terbabit membabitkan pelbagai bangunan dan lokasi dinilai aspek kebersihan dan keindahan antaranya membabitkan masjid, sekolah menengah, sekolah rendah, Institut pengajian tinggi, tanah perkuburan, kampung, hospital serta pelbagai lagi.

Pertandingan dengan 283 penyertaan itu kali ini menobatkan tiga pemenang bagi setiap kategori dengan hadiah wang tunai berjumlah RM,5000 bagi pemenang utama, diikuti RM3,000 bagi naib johan dan RM1,000 bagi tempat ketiga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2643
Kongsi :
Previous post Gempa bumi di Cianjur Indonesia: Tiada rakyat Malaysia terlibat – Wisma Putra
Next post Hospital Alor Gajah dinobat hospital terbersih di Melaka
Ubah saiz-+=