‘Glamping’ berkonsepkan eko pelancongan akan diwujudkan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDA HILIR 22 Dis. – Tiga kawasan glamping berkonsepkan eko pelancongan akan diwujudkan sekali gus menjadi tarikan baharu industri pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata pihaknya dalam perancangan untuk menyiapkan kertas kerja serta mengadakan perbincangan bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk menyediakan lokasi glamping bersebelahan kolam renang MBMB.

Katanya, pada masa sama, beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan akan ke Bukit Gapis bagi memajukan kawasan air terjun di sana bagi tujuan glamping berkonsepkan eko pelancongan.

MUHAMMAD Jailani menerima cenderahati selepas meramsikan penutup Melaka Tourism Association (MTA) & Lazada Shopping Platform bersama Ahli MTA di sini, hari ini.

“Kita juga akan mewujudkan pulau glamping (island glamping) yang mana lokasinya terletak di Pulau Nangka, iaitu destinasi terakhir Melaka River Cruise yang terdapat dalam pakej Dinner Cruise.

“Di Pulau Nangka itu ada kira-kira satu kilometer pantai yang boleh direnangi serta pendaratan rakit,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas merasmikan penutup Melaka Tourism Association (MTA) & Lazada Shopping Platform bersama Ahli MTA di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata perancangan untuk menyediakan lokasi glamping itu bermula sejak setahun lalu dan beliau mengharapkan kehadiran pelabur bagi memastikan tarikan baharu itu menjadi kenyataan.

“Pembangunan bagi tujuan glamping tidak memerlukan kos infrastruktur yang tinggi seperti bersebelahan kolam renang MBMB namun bagi pembangunan glamping di Bukit Gapis, ia perlu kerana kita mahu membangunkan kawasan air terjun di situ.

“Bagi Pulau Nangka pun kosnya agak kurang kerana kita hanya memerlukan ‘generator’ dan aktiviti glamping di pulau itu berdasarkan permintaan,” katanya.

Views:

3971
Kongsi :
Previous post Bengkel dedah ‘rahsia’ dondang sayang
Next post Tak bagi buka kotak helah jual limau busuk, berkulat.
Ubah saiz-+=