
Guru rugi RM135,150 terperdaya ‘phone scam’
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya wanita berusia 25 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwaΒ pegawai daripada Jabatan Komunikasi Digital, Bahagian Penyekatan Rangkaian, 2 Julai lepas.
Beliau berkata mangsa telah dimaklumkanΒ bahawaΒ nombor telefon yang digunakannya telah menyebarkan pautan tidak sah di Perak.
“Panggilan telefon itu telah disambungkan kepada suspek kononnya pegawai polis dan telah meminta mangsa membuat pemindahan wang bagi tujuan siasatan.
“Mangsa yang terperdaya telah membuat pinjaman peribadi sebanyak RM128,000 selain menggunakan wang simpanan untuk melakukanΒ 11 transaksi ke enam akaun bank berlainan hingga kerugian sebanyak RM135,150,β katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu apabila membuat semakan menerusiΒ aplikasi Google berkaitan penipuan dalam talian dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin semalam.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
