Guru tidak divaksin dilarang mengajar secara bersemuka

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Guru-guru yang tidak menerima suntikan vaksinasi tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolah secara penggiliran bermula pada 3 Okt ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata bagaimanapun terdapat dua kumpulan guru tersebut yang belum divaksin sama ada belum menerima atas sebab kesihatan atau memilih untuk tidak divaksin.

“Guru tidak divaksinkan tidak dibenar mengajar secara bersemuka dalam kelas namun kita berikan tugasan kepada guru-guru ini.

“Ada dua kumpulan yang pertama memang masih belum terima vaksin atas sebab kesihatan yang dinasihatkan oleh doktor dan satu lagi mereka yang memilih untuk tidak divaksinkan.

“Tindakan untuk mereka ini kita sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melihat apakah tindakan yang selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pengoperasian Sekolah yang bersiaran secara langsung di sini, hari ini.

Tambahnya bagi pemandu bas sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendapatkan senarai pengusaha bas sekolah daripada pihak kementerian pengangkutan.

“Kita akan menggunakan senarai itu dan duduk berbincang dengan CITF supaya pemandu bas sekolah dalam senarai tersebut divaksinkan.

“Namun begitu ibu bapa perlu beri perhatian dalam konteks mungkin pemandu yang membawa anak-anak mereka itu tidak berada dalam senarai diberikan kepada pihak kami.

“Maka kami pohon kepada ibu bapa untuk membuat pilihan dan tindakan sewajarnya,” katanya lagi.

Untuk rekod sehingga kini guru-guru yang lengkap dos satu vaksinasi adalah sebanyak 97.46 peratus dan dos kedua adalah 88.56 peratus.

Diikuti Anggota kumpulan pelaksana (AKP) lengkap dos satu sebanyak 96.96 peratus dan dos dua sebanyak 83.38 peratus, manakala Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang lengkap dos satu sebanyak 90.59 peratus dan dos dua sebanyak 74.90 peratus.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

344
Kongsi :
Previous post Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022
Next post Pemakaian pelitup muka kini diwajibkan di sekolah
Ubah saiz-+=