Sorting by

×

Hadir 13 majlis kahwin sehari, moga-moga boleh ‘maintain’ berat badan

Masa Membaca:54 Saat

TELOK MAS 2 Jun -Dalam kesibukan tugas sebagai wakil rakyat, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menghadiri 13 majlis perkahwinan dalam sehari demi tidak mahu mengecewakan rakyat kawasannya yang mengharapkan kedatangannya dalam semua majlis tersebut.

Abdul Razak berkata, beliau bukan sekadar memenuhi jemputan majlis, sebaliknya kesempatan itu diambil untuk bersua muka dan memastikan majlis itu berjalan lancar.

Beliau berkata, dengan cara itu beliau boleh mendekatkan dirinya dengan rakyat kawasannya sambil bertanyakan khabar supaya hubungan antara pemimpin dan penduduk sekitar lebih erat.

“Selain jempuntan majlis terbuka, saya juga banyak menerima jemputan majlis kenduri kahwin. Hari ini sahaja 13 undangan kahwin saya hadir di sekitar Telok Mas.

“Itu tidak termasuk ada satu majlis ada dua padangan dan satu lagi majlis ada tiga pasangan,” katanya menerusi hantaran Facebook rasminya.

Beliau turut melahirkan rasa teruja dapat mencuri masa untuk bersua muka dengan penduduk setempat.

“Alhamdulillah kesemuanya telah pun menerima 100 kilogram (beras percuma) dijanjikan, saya harap saya dapat ‘maintain’ berat badan sepanjang Syawal.

“Habis je Syawal ini saya akan timbang berat saya semula,” selorohnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1167
Kongsi :
Previous post Malaysia-Turki bincang inisiatif perkasa kawalan sempadan
Next post PM ucap takziah atas pemergian Tan Sri Dr Abdul Rahman Abdul Hamid
Ubah saiz-+=