Hanya durian ‘klon’ dieksport ke China

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

PENGKALAN BATU 6 Julai – Bekalan durian di pasaran tempatan dijamin tidak akan terjejas meskipun raja buah itu akan dieksport ke China bermula September ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya juga akan memastikan harga jualan raja buah itu tidak akan berlaku kenaikan kerana pengeksportan hanya membabitkan durian klon kategori premium antaranya Duri Hitam, Musang King dan IOI.

“Kini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di peringkat mengaudit permohonan yang dibuat oleh kira-kira 70 pusat pembungkusan.

“Malah buah yang akan diimport nanti kebanyakkan jenis durian klon premium atau gred A jadi pengguna masih ada pilihan gred lain misalnya B, C atau Durian Kampung jadi akan ada lagi durian mampu milik di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Jom Kendurian @ Jualan Agro Madani di sebuah kompleks beli belah di Taman Lagenda, di sini, hari ini.

Abdul Rashid berkata, pengangkutan membawa buah durian ke China itu nanti akan bergantung kepada jumlah kapasiti bekalan keseluruhan.

“Ia belum diputuskan lagi sama ada melalui udara atau kapal, ini bergantung kepada bekalan. Kita akan lihat pada September nanti kalau kapasiti terhad kepada satu tan akan melalui udara jika banyak mungkin mengunakan kapal,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Jualan Agro MADANI akan diperluaskan pelaksanaan dengan sasaran sebanyak 5,000 jualan sehingga Oktober ini.

“Sehingga 30 Jun lalu, Jualan Agro MADANI telak dilaksanakan di 3,655 lokasi seluruh negara dengan nilai jualan direkodkan RM77.1 juta serta membawa kepada penjimatan sebanyak RM23.1 juta kepada pelanggan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

76
Kongsi :
Previous post Melaka masih ternanti-nanti pembinaan WTE
Next post 27 NGO, organisasi Islam Melaka sokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan
Ubah saiz-+=