Harga barang naik, peniaga berdepan rungutan pembeli – Kalsom

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BACHANG 28 Nov – Bukan hanya berdepan rungutan pembeli, malah peniaga barangan basah di negeri ini tidak terkecuali memperolehi keuntungan yang sedikit.

Exco Kebajikan Negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata rentetan itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diarahkan untuk segera bertindak menangani masalah tersebut.

“Ia bukan saja menjejaskan rakyat, malah peniaga terpaksa berdepan dengan rungutan pembeli.

“Kementerian harus menangani perkara ini, bukannya rakyat atau orang bawah ni.. penjual terkesan, ada kata untung hanya RM1, RM2 dan ada RM0.50.

“Harga barang yang datang dah memang naik begitu. Jadi kita harap disinilah pihak yang berwajib KPDNHEP buat sesuatu,” katanya.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan berkata demikian kepada MHI selepas mengadakan lawatan di Pasar Besar MBMB, hari ini.

KALSOMKalsom yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu meminta supaya pihak atas mendengar keluhan rakyat di negeri ini.

“Peniaga dah tak tahan lagi dengan kerenah pembeli minta tawar harga, tapi penjual ni pula keuntungan tak ada, nipis sangat. Itu yang sering berlaku.

“Jadi harapan saya kementerian lihat masalah ini…kita kena dengar keluhan rakyat.

“Saya pun rasa kesian juga sebab orang-orang kita ni yang pendapatan tak seberapa tu nak beli barang nak makan terkesan” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

799
Kongsi :
Previous post Harga sayur kembali stabil hujung tahun
Next post KKMM akan bincang dengan kerajaan Sarawak berkenaan kempen PRN menerusi media rasmi kerajaan
Ubah saiz-+=