
Harga petrol RON97 naik 37 sen kepada RM4.70 seliter
KUALA LUMPUR, 25 Mei – Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter kepada RM4.70 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 26 Mei hingga 1 Jun.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga bagi petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15, meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR MERLIMAU BAWA KONSEP ‘ADUAN DI KEDAI KOPI’
MERLIMAU 17 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau memanfaatkan kedai kopi sebagai platform...
ANAK MELAKA BERASAL DARIPADA LELUHUR YANG HEBAT – TOK RAUF
MERLIMAU 17 Julai - Setiap anak Melaka perlu berbangga dengan sejarah bumi bertuah ini yang pernah menjadi pusat perdagangan tumpuan...
PROJEK TEBATAN BANJIR LEGAKAN PENDUDUK MERLIMAU
MERLIMAU 17 Julai – Projek Tebatan Banjir Bandar Merlimau sedang dilaksanakan dijangka mampu mengurangkan risiko banjir di Dewan Undangan Negeri...
HARI BERTEMU PELANGGAN MBMB PERCEPAT PENYELESAIAN MASALAH
AYER KEROH 17 Julai - Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terus menjadi platform berkesan dalam...
KETUA MENTERI TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK AR-RAHIM MERLIMAU
MERLIMAU 17 Julai - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat Jumaat di...
RUMAH UZUR DIMAKAN ANAI-ANAI, TOK RAUF UMUM RM70,000 BINA RUMAH BAHARU
MERLIMAU 17 Julai - Bapa empat anak yang mendiami rumah uzur dimakan anai-anai bakal mendiami kediaman lebih selesa apabila Ketua...

