
Harga RON95, RON97 naik 1 sen, diesel turun 2 sen
KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen, manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 29 Ogos hingga 4 Sept ini.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.72, RON97 (RM2.02) dan diesel (RM1.78).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.- BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
‘SEKAMPUNG’ PANTAI KUNDOR SEMARAK MAKANAN TRADISI
PANTAI KUNDOR 15 Mac - Sudah lebih tujuh tahun, masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor tidak pernah lelah...
16,000 PETAK PARKIR PERCUMA DI KAWASAN MBMB SELAMA 7 HARI
AYER KEROH 15 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan hampir 16,000 petak parkir percuma selama tujuh hari sempena...
TANJUNG BIDARA LOKASI SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2026
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Pantai Tanjung Bidara bakal menjadi lokasi Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026. Ketua Menteri...
460 KHATAM AL-QURAN DI TANJUNG BIDARA SEMPENA RAMADAN
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Seramai 460 warga Tanjung Bidara berjaya khatam al-Quran sempena Ramadan tahun ini. Ia buat julung...
AYAM RM5 LICIN DALAM SEJAM
MERLIMAU 15 Mac - Tawaran ayam segar dengan harga serendah RM5 seekor di Pasar Tani Merlimau laris apabila sebanyak 3,000...
KETUA MENTERI SANTUNI 100 ASNAF DI KAMPUNG BALIK BATU
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Kegembiraan dan rasa syukur jelas terpancar di riak wajah 100 asnaf di Kampung Balik Batu...


