Harga tepung pula naik

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 18 Mei – Kenaikan harga tepung menyebabkan ada segelintir peniaga di negeri ini mengambil keputusan menghentikan sementara penjualan bahan itu kerana didakwa tidak menguntungkan mereka.

Tinjauan dilakukan mendapati beberapa buah kedai runcit menghentikan seketika penjualan manakala di premis lain pula peniaga hanya menjual tepung jenama tertentu sahaja.

Peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Kwang, 60-an berkata, dia menghentikan penjualan tepung dalam tempoh agak panjang selepas berlaku kenaikan harga dan keranaan menetapkan harga siling.

“Harga kerap naik kami peniaga tidak boleh jual sesuka hati, kerajaan sudah tetapkan jadi lebih baik tidak jual. Dengan harga sekarang ini, memang tidak ada untung,” katanya.

Sementara itu peniaga Hamdah Maon, 63, berkata, sejak berlaku kenaikan harga dia kini hanya menjual satu jenama tepung sahaja namun begitu bahan itu juga sukar diperoleh.

“Walaupun hanya dapat untung tidak sampai RM1 untuk sekotak tepung saya cuba juga dapatkan daripada pemborong kerana tidak mahu hampakan pembeli.

“Tidak dinafikan ada masa bekalan tepung terputus kerana sukar diperoleh disebabkan jenama ini mendapat permintaan tinggi berbanding dua jenama lagi.

“Dua jenama lagi yang harganya lebih RM2 dan hampir mencecah RM3 banyak bekalan dan senang untuk didapati,” katanya ketika temui di Durian Daun.

Sementara seorang lagi peniaga Lim Chee Keong, 45, berkata, kenaikan harga sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai lima bulan dianggap sebagai mendadak.

“Dua bulan berturut-turut harga naik tetapi kami terpaksa juga ambil bekalan daripada pembekal kerana pelanggan khususnya pembuat kuih mencarinya.

“Setakat ini bekalan tepung di kedai saya masih ada dan pesanan yang dibuat dihantar seperti biasa oleh pembekal,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1091
Kongsi :
Previous post HFMD: Melaka rekod 1,378 kes, tiada kematian dilaporkan – EXCO
Next post Tajuk-Tajuk Utama Akhbar: Rabu 18 Mei 2022
Ubah saiz-+=