Honda RS150 buat peminat MUFC

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 16 April. – Sebuah motosikal Honda RS150 bakal dimenangi penonton bertuah yang menyaksikan perlawanan Liga Super antara Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) FC menentang Selangor FC, Ahad ini di Stadium Hang Jebat.

Pengerusi MUFC Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, buat julung kalinya hadiah motosikal ditawarkan untuk peminat bola sepak menerusi kempen ‘Jom Tengok Bola’ dan ia terbuka kepada 4,000 penonton yang dibenarkan hadir menyaksikan perlawanan secara langsung itu.

SULAIMAN…kempen ‘Jom Tengok Bola’ tawar hadiah istimewa sebuah motosikal Honda RS150 buat 4,000 peminat MUFC.

 

“Kita membenarkan 4,000 penonton hadir menyaksikan perlawanan itu agar tidak terlepas peluang memenangi hadiah motosikal itu.

“Setiap tiket kemasukan dijual menerusi platform atas talian dengan harga RM20 bagi tempat duduk berbumbung dan RM15 untuk tempat duduk terbuka.

“Dengan kempen yang diadakan ini ia sekali gus diharap memberi peluang peminat bola sepak untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka,” katanya pada sidang media di Seri Negeri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sulaiman menasihatkan peminat bola sepak yang hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

“Kita harap semua yang hadir mematuhi SOP yang ditetapkan dan insya-Allah kita harap (MUFC) dapat kemenangan pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

482
Kongsi :
Previous post Zamani dan isteri harap dapat rentas negeri rai Aidilfitri di Terengganu
Next post M-WEZ tidak jejaskan penduduk setempat – Sulaiman
Ubah saiz-+=